95 peratus aku janji satu tahun pentadbiran terlaksana - KM Melaka

95 peratus aku janji satu tahun pentadbiran terlaksana – KM Melaka

SULAIMAN Md. Ali berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Pencapaian Setahun Kerajaan Negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri telah melaksanakan 95 peratus daripada 26 aku janji setahun pentadbiran yang terangkum dalam manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, tahun lalu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, baki lima peratus lagi masih dalam proses pelaksanaan dan akan dicapai sepenuhnya dalam masa terdekat.

Menurut beliau, antara inisiatif aku janji itu adalah lonjakan ekonomi baharu, tadbir urus kerajaan, masyarakat bersatu padu serta pembangunan mapan dan perkongsian kemakmuran.

“Dalam teras kedua, kerajaan negeri bercadang memodenkan sektor pertanian sebagai lembah pertanian bandar, melaksanakan kajian perikanan rekreasi laut dalam, menaik taraf jeti nelayan dan melaksanakan program kebitaraan pertanian.

“Bagi teras tiga pula, kerajaan negeri mempermudahkan urus niaga tanah, penyeragaman undang-undang kecil (UUK) bagi permohonan lesen perniagaan serta mewujudkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Melaka. Teras empat pula melibatkan kemudahan ambulans dan jaringan tanpa wayar (WiFi) percuma, membina dewan orang asli dan menaik taraf Pusat Latihan Orang Kurang Upaya (OKU) Melaka (Pulakom)

“Teras lima adalah memastikan perkhidmatan utiliti dan kemudahan awam di tahap terbaik, mementingkan aspek kelestarian alam sekitar dan ekosistem di negeri ini,” katanya dalam ucapan perasmian Majlis Perhimpunan Bulanan dan Pencapaian Setahun Kerajaan Negeri di Seri Negeri di sini hari ini.

Sulaiman menambah, Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035) versi kedua yang dilancarkan Mac lalu menunjukkan prestasi keseluruhan tahun ini dengan mencapai 94 peratus dengan prestasi setiap flagship adalah amat baik.

Katanya, sebanyak 11 flagship telah dirangka merangkumi 74 strategi dan 452 perancangan berdasarkan portfolio terkini Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN