690 bookie judi Piala Dunia 2022 diberkas

690 bookie judi Piala Dunia 2022 diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menumpaskan kegiatan perjudian bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 dengan penahanan 690 ‘bookie’ atau ‘punter’ dalam serbuan di seluruh negara sejak 19 November lalu sehingga kelmarin. 

Sebanyak 530 serbuan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Op Soga IX  dengan jumlah keseluruhan iaitu 690 tangkapan. 

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, Selangor merekodkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu seramai 179 orang diikuti Kuala Lumpur (142), Johor (59), Negeri Sembilan (57), Sarawak (54), Pulau Pinang (43), Sabah (41) dan Kedah (32).

NOORSIAH MOHD. SAADUDDIN

Katanya, bagi negeri lain adalah Melaka (27), Pahang (18), Perak (17), Terengganu (11), Perlis (6) serta Kelantan (4).

“Dalam operasi itu, kita telah merampas nilai had kredit dalam perisian berjumlah RM22.3 juta, dolar Hong Kong 382,995.60, wang tunai RM518,563 serta 500 dolar Singapura.

“Turut dirampas iaitu 74 komputer, 47 komputer riba, empat tablet, telefon bimbit (817), mesin kira-kira (3), router (24), 120 helai keping kertas catitan disyaki pertaruhan serta 27 keping jadual perlawanan bola sepak Piala Dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut Noorsiah, kesemua tangkapan adalah ‘bookie’ atau ‘punter’ dan disiasat mengikut Akta Pertaruhan 1953 serta Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Jelasnya, sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 530 kertas siasatan dibuka.

“Sebanyak 328 kertas siasatan masih dalam tindakan, 202 kertas siasatan telah berjaya dituduh selain 87 kertas siasatan telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman di mahkamah,” katanya. 

Tegasnya, Polis Diraja Malaysia khususnya Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) akan berusaha membanteras kegiatan perjudian.

“PDRM harap masyarakat komited dalam menyalurkan maklumat berkaitan perjudian yang berlaku di sekeliling mereka melalui talian hotline 016-5773477,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya