4,298 graduan UMS diraikan dalam Majlis Konvokesyen ke-24 - Utusan Malaysia

4,298 graduan UMS diraikan dalam Majlis Konvokesyen ke-24

DEWAN Canselor UMS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-24 yang berlangsung bermula esok hingga 12 Disember mencipta sejarah tersendiri apabila graduan doktor falsafah atau PhD paling ramai.

Dalam sejarah majlis konvokesyen UMS, 92 graduan tersebut yang akan menerima skrol pada sesi kali ini adalah bilangan teramai direkodkan setakat ini.

Pada Majlis Konvokesyen UMS ke-24, seramai 4,298 graduan yang menamatkan pengajian tahun ini akan menerima skrol masing-masing pada majlis yang akan berlangsung di Dewan Canselor tersebut.

Daripada jumlah itu sebanyak 3,798 orang merupakan graduan iIjazah sarjana muda, sarjana (271), diploma (73), diploma pasca (64) dan PhD (92).00

Majlis konvokesyen turut pada kali ini juga menyaksikan seramai 126 pelajar antarabangsa UMS akan bergraduasi.

Pelajar-pelajar ini berasal dari pelbagai negara termasuk Jepun, China, Korea, Brunei, Yemen, Pakistan, Bangladesh, Indonesia, Chad, Gabon, India, Mozambique, Filipina dan Timur-Leste.

Seramai 14 pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) turut berjaya menamatkan pengajian masing-masing dan diraikan dalam acara berprestij ini yang berlangsung di Dewan Canselor UMS.

Pada Majlis Konvokesyen ini juga terdapat seramai 24 orang pelajar turut menjadi graduan pertama Ijazah Sarjana Muda Minyak dan Gas dari Fakulti Kejuruteraan UMS.

Untuk makluman, 64 peratus daripada jumlah graduan yang bergraduasi merupakan pelajar tempatan Sabah manakala selebihnya merupakan pelajar dari negeri lain dan berasal dari luar negara.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya