3 lelaki terlibat proses dan jual air ketum ditahan - Utusan Malaysia

3 lelaki terlibat proses dan jual air ketum ditahan

ANTARA barangan yang dirampas polis termasuk daun dan air ketum yang siap diproses dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Permatang Damar Laut, Bayan Lepas, Pulau Pinang kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAYAN LEPAS: Polis berjaya menumpaskan sindiket memproses dan menjual air ketum selepas menahan tiga lelaki tempatan
dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Permatang Damar Laut, di sini kelmarin.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, polis turut merampas 105 kilogram (kg) daun ketum dalam serbuan itu.

“Bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis menyerbu rumah tersebut dan menahan tiga lelaki berusia 22 hingga 26 tahun.

“Mereka menjadikan bahagian belakang rumah itu sebagai tempat memproses air ketum dan semasa serbuan terdapat empat buah periuk besar sedang digunakan untuk memasak daun ketum untuk dijadikan air ketum,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Kenyataan itu menambah, selain 105 kg daun ketum, polis turut merampas ratusan bungkusan air ketum yang telah siap diproses iaitu 1,545 liter, peralatan memasak, tong gas dan pelbagai lagi yang kesemuanya bernilai RM16,500.

“Sindiket tersebut dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak beberapa bulan lalu dan mereka mampu mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit setiap bulan.

“Sindiket itu dipercayai mempunyai rangkaian mereka yang berperanan menjual air ketum kepada pembeli terutama pelanggan tetap,” katanya.

Tambahnya, polis kini giat mengesan rangkaian sindiket itu dan tiga lelaki yang ditahan yang juga penganggur terbabit kini direman empat hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Sementara itu, dalam kes berasingan, kenyataan tersebut turut memaklumkan seorang lelaki berusia 25 tahun telah ditangkap kerana disyaki along yang menyimbah cat di premis perniagaan.

“Suspek ditahan di Sungai Petani, Kedah dan kes disiasat di bawah Seksyen 29B(1) Akta Pemberi Pinjam Wang dan Seksyen 427(324) Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya