2,715 tapak projek 5G meliputi 36 peratus kawasan berpenduduk

2,715 tapak projek 5G meliputi 36 peratus kawasan berpenduduk

FAHMI Fadzil dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Komunikasi Digital di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Rangkaian telekomunikasi Generasi Kelima atau 5G setakat akhir Oktober lepas sudah pun mencapai 36 peratus kawasan liputan berpenduduk di seluruh negara.

Perkembangan positif itu dimaklumkan Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil yang berkata, Digital Nasional Berhad (DNB) yang dimiliki Kementerian Kewangan sudah pun berjaya memasang sejumlah 2,715 tapak pemancar rangkaian itu mengikut jadual.

“Bagaimanapun, mesyuarat pertama Kabinet pagi tadi meminta kita bekerjasama dengan Kementerian Kewangan bagi meneliti semula segala langkah untuk projek ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini selepas mesyuarat Kabinet.

DNB yang ditubuhkan pada Mac 2021 lalu dengan dikawal selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), memulakan projek tersebut pada 15 Disember 2021.

Ia melibatkan kerjasama antara Telekom Malaysia Berhad dan YTL Corporation Berhad namun ia dilaporkan terpalit pelbagai kes kontroversi ketika era pentadbiran terdahulu.

Mengulas lanjut, Ahmad Fahmi berkata, mesyuarat Kabinet memandang serius segala perkembangan berlaku dan berharap ia tidak menjejaskan pelaksanaan 5G di negara ini.

“Kita berharap perbincangan antara dua kementerian ini akan dapat mencari langkah penyelesaian terbaik untuk dibentangkan kepada Kabinet pada minggu depan.” jelasnya.

Ditanya adakah DNB kemungkinan besar bakal diletakkan terus di bawah Kementerian Komunikasi Digital, beliau enggan mengulas dan meminta tunggu keputusan selanjutnya.

Berhubung nasib bidang kebudayaan tempatan yang sebelum ini dinaungi kementerian berkenaan, beliau berkata, isu itu akan dimaklum oleh menteri yang bertanggungjawab.

Beliau sebaliknya tidak mahu dilihat bersifat pramatang dalam perkara itu yang sebelum ini aspek kebudayaan di bawah Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (Cendana).

Terdapat lebih 5,000 penggiat seni tempatan di seluruh negara dan agensi berkenaan menerima peruntukan lebih RM20 juta menerusi Bajet 2022 yang dibentangkan tahun lalu.

Cendana yang dilancarkan pada 2017 diwujudkan kerajaan bagi usaha memartabatkan seni budaya Malaysia dan disokong sebuah syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya