2 lagi waris mangsa maut tanah runtuh terima bantuan wang ihsan

2 lagi waris mangsa maut tanah runtuh terima bantuan wang ihsan

SERAMAI 61 orang berjaya diselamatkan dan 31 orang meninggal dunia dalam tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali. - GAMBAR IHSAN NADMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini menyalurkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) Kematian sebanyak RM10,000 kepada dua lagi waris mangsa tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali, baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, sehingga hari ini, waris kepada 11 mangsa meninggal dunia sudah menerima bantuan berkenaan.

“Hari ini, saya menyampaikan BWI Kematian kepada dua waris mangsa iaitu kepada Tong Chee Kong yang kehilangan isteri dan anak lelaki sebanyak RM 20,000 dan Siti Esah Hassan yang kehilangan anak perempuan sebanyak RM10,000.

“Baki urusan penyaluran BWI Kematian kepada 20 lagi waris mangsa yang meninggal dunia dan BWI kepada 45 mangsa yang selamat akan disalurkan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Armizan berkata, baki mangsa yang terlibat adalah dari Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang.

“Selain itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan menyalurkan peruntukan segera sebanyak RM480,000 kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

“Peruntukan itu bagi membolehkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) melaksanakan kerja-kerja penyiasatan tapak cerun runtuh di laluan B66 seksyen 14.0 Jalan Batang Kali – Genting Highlands, Hulu Selangor,” katanya.

Sabtu lalu, Operasi mencari dan menyelamat 92 orang mangsa terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali berakhir susulan penemuan mayat terakhir.

Daripada jumlah tersebut, seramai 61 orang berjaya diselamatkan dan 31 orang meninggal dunia.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melawat lokasi kejadian mengumumkan sumbangan RM10,000 untuk setiap mangsa yang meninggal dunia dalam runtuhan tanah di Batang Kali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya