Tragedi Batang Kali: Dua kegagalan cerun dalam tempoh 20 minit

Tragedi Batang Kali: Dua kegagalan cerun dalam tempoh 20 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Laporan kejadian tanah runtuh Batang Kali mendedahkan, terdapat dua  kegagalan cerun di lokasi yang sama dalam tempoh 20 minit.

Perkara itu berdasarkan maklumat saksi kejadian yang menyatakan kejadian tanah runtuh pertama berlaku sekitar pukul 2 pagi 16 Disember 2022, manakala disusuli kejadian runtuhan kedua pada selepas itu.

Kata laporan itu, anggaran dimensi kegagalan cerun ialah 70 meter (tinggi), 120 meter (lebar), dan 330 meter (panjang) dengan anggaran jumlah bahan runtuhan sebanyak 283,000 meter padu. 

“Disebabkan oleh keadaan tanah, puing (fenomena pergerakan tanah) runtuhan mencapai kawasan perkhemahan Riverview yang terletak kira-kira 550 meter jauhnya. 

“Seterusnya bahan runtuhan terkumpul di hujung cerun yang gagal membentuk sebuah empangan sementara. Anggaran jumlah bahan runtuhan adalah kira-kira 283,000 meter padu. 

“Mod kegagalan ini adalah kombinasi runtuhan jenis putaran dan aliran puing ,” kata laporan setebal 141 muka surat yang dimuat naik di laman Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) hari ini.

Laporan itu didedahkan kepada umum berhubung kejadian tanah runtuh di Jalan B66, Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor itu telah melibatkan sejumlah 92 mangsa manakala 31 lagi terkorban pada 16 Disember 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya