10,000 sukarelawan Yadim dikerah bantu mangsa banjir

10,000 sukarelawan Yadim dikerah bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 10,000 sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) digerakkan bagi membantu mangsa banjir di negeri-negeri di Pantai Timur.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, pasukan sukarelawan itu digerakkan ke kawasan bencana banjir sama seperti dilakukan tahun-tahun sebelum ini.

Beliau berkata, sukarelawan Yadim juga terlibat dengan penyediaan dan pengagihan makanan menerusi inisiatif Dapur Rakyat Yadim.

“Sehingga kini, sembilan Dapur Rakyat telah beroperasi di Terengganu iaitu di Besut, Setiu, Kuala Terengganu (dua), Kuala Nerus (dua), Dungun, Hulu Terengganu dan Marang dengan kapasiti 1,000 pek makanan diagihkan setiap hari.

“Pada masa sama, program seperti Cuci-Cuci dan baik pulih masjid, surau serta kediaman golongan kurang bernasib baik juga akan dilaksanakan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, pihaknya juga menyasarkan kutipan sumbangan sehingga RM500,000 daripada orang ramai dan badan korporat untuk disalurkan kepada mangsa banjir di seluruh negara.

Tuan Kamarul Arief berkata, sehingga kini, sejumlah RM250,000 diperoleh pada masa ini hasil sumbangan individu, korporat, institusi berkaitan dan peruntukan dalaman.

Menurutnya, sumbangan itu akan digunakan bagi menyalurkan bantuan dalam pelbagai inisiatif seperti bekalan keperluan harian, lampin pakai buang, tuala wanita, kit kebersihan, peralatan pembersihan dan sebagainya.

“Yadim juga akan turun ke Kelantan dan Terengganu pada 22 hingga 25 Disember ini bagi Misi Bantuan Banjir Pantai Timur untuk sumbangan 1,000 beg pelbagai makanan, lampin pakai buang, tuala wanita, kit kebersihan dan selimut tebal,” katanya.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun 5660 1062 5428 (Maybank). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.