Warga teksi diminta sokong PH - Gabungan Teksi Malaysia

Warga teksi diminta sokong PH – Gabungan Teksi Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dalam kalangan pemimpin parti politik, hanya Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudi mendengar masalah dihadapi komuniti teksi di negara ini.

Perkara itu diakui Yang Dipertua Gabungan Teksi Malaysia (GTSM), Kamaruddin Husaain yang berkata, beliau merayu kepada semua pemandu teksi, kereta sewa, bas, lori, e-hailing dan penungang motosikal P-hailing supaya memberi peluang kedua kepada PH dan Anwar.

Beliau berkata, adalah tidak adil untuk menghukum Anwar dan PH atas kegagalan kerajaan dipimpin Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini.

“Jika kita kata PH selama 22 bulan gagal, bagaimana pula dengan kerajaan 33 bulan selepas itu,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Beliau berpendapat, Anwar perlu diberikan peluang untuk membuktikan kewibaaan dalam mentadbir negara.

Bagaimanapun, Kamaruddin meminta mana-mana pihak tidak menghukum dan taksub kepada sesebuah parti politik yang memainkan isu perkauman dan keagamaan. 

Menurutnya, undi itu adalah hak masing-masing tetapi jangan lupa bahawa undi itu adalah penentu kepada pihak yang bakal menjadi kerajaan dan seterusnya membuat dasar kepada industri teksi.

“Jika kita memangkah mengikut perasaan dan ketaksuban tanpa menggunakan akal dan fikiran, kita bakal menggadaikan nasib kita kepada pihak yang salah. 

“Seperti semua sedia maklum, kita telah menyerahkan memorandum berhubung masalah dihadapi industri kepada semua parti politik termasuklah kepada parti yang menjadi kerajaan. Namun malangnya, jangan katakan menyelesaikan masalah, berjumpa dengan kita pun mereka tak mahu, malah panggilan dan WhatsApp pun tidak dilayan. 

“Hanya Anwar sahaja yang sudi meluangkan masa untuk mendengar serta memberi perhatian terhadap masalah yang kita semua hadapi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya