United didenda hampir setengah juta

United didenda hampir setengah juta

TINDAKAN pemain Manchester United membantah keputusan pengadil dalam pertemuan menentang Newcastle bulan lalu, menyebabkan mereka didenda oleh FA England.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Gara-gara gagal me­ngawal pemain dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle United dan Chelsea, Manchester United didenda 82,000 pound (RM439,861) oleh Persatuan Bola sepak England (FA) semalam.

Sebanyak 45,000 pound (RM241,351) dikenakan untuk perlawanan berdepan Newcastle, manakala 37,000 pound (RM198,457) sewaktu menentang Chelsea.

Hukuman itu dikenakan ke atas Red Devils selepas pemain-pemain mengepung pengadil kerana membantah keputusan yang dibuat.

United melanggar Peraturan FA E20.1 selepas pemain mereka membantah keputusan pengadil tidak membenarkan ja­ringan Cristiano Ronaldo ­semasa seri 0-0 dengan Newcastle di Old Trafford, 16 Oktober lalu.

Insiden sama berulang ketika berdepan Chelsea, di mana pemain United membantah penalti yang diberikan kepada Blues ekoran kekasaran dilakukan Scott McTominay terhadap ­Armando Broja.

Kedua-dua pasukan seri 1-1 dalam perlawanan di Stamford Bridge pada 23 Oktober lalu.

Selepas mengharungi 13 perlawanan, United kini menghuni tangga kelima liga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN