Turunkan anak sekolah kawasan selamat - JPJ

Turunkan anak sekolah kawasan selamat – JPJ

ANGGOTA JPJ menganjurkan program advokasi keselamatan jalan raya kepada pengguna motosikal yang juga ibu bapa di SK Putrajaya Presint 11(2), Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menurunkan murid sekolah di kawasan yang tidak selamat dan tidak menggunakan lintasan pejalan kaki yang disediakan.

Itu antara kesalahan dilakukan segelintir ibu bapa ketika menghantar anak-anak ke sekolah yang mana ia dilihat sangat berbahaya dan boleh mengundang kemalangan.

Dapatan itu antara beberapa kesalahan dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di beberapa sekolah khususnya di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini.

Bagi mendidik ibu bapa dan murid sekolah, JPJ dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) menganjurkan program advokasi keselamatan jalan raya di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(2) di sini, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama (1), pagi tadi.

JPJ menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, antara aktiviti yang dijalankan di SK Putrajaya Presint 11(2) bersama PPj ialah sesi khidmat nasihat kepada ibu bapa dan pelajar mengenai penggunaan lintasan pejalan kaki.

Malah, katanya, ibu bapa turut diajar mengenai kepentingan menggunakan topi keledar untuk penunggang dan pembonceng motosikal. 

“JPJ akan terus melaksanakan program sebegini secara berkala dengan hasrat melahirkan generasi patuh kepada peraturan lalu lintas sekali gus mengurangkan kadar kemalangan jalan raya,” katanya.

Katanya, misi utama Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (PKJRM) 2022-2030 adalah “Membudayakan Keselamatan Jalan Raya Ke Arah Kesejahteraan Negara” dengan hasrat meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya.

Jelasnya lagi, pelan ini bermatlamat menjadikan keselamatan jalan raya sebagai budaya bagi pihak berkuasa, pengeluar kenderaan, pembina infrastruktur jalan raya, komuniti setempat, tempat kerja, sekolah dan keluarga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya