Tun Mahathir, isteri mengundi di Parlimen Kuala Kedah - Utusan Malaysia

Tun Mahathir, isteri mengundi di Parlimen Kuala Kedah

DR. Mahathir Mohamad mengundi di SK Titi Gajah bagi Parlimen Kuala Kedah di Alor Setar. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selesai mengundi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah bagi Parlimen Kuala Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dr. Mahathir tiba di pusat pengundian tersebut bersama isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pada pukul 10.52 pagi dan selesai mengundi kira-kira 10 minit kemudian.

Beliau mengundi bagi kerusi Parlimen Kuala Kedah yang menyaksikan pertembungan lima penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Warisan.

Kerusi Parlimen Kuala Kedah disandang Dr. Azman Ismail daripada PKR yang kali ini bertanding di bawah PH bagi mempertahankan kerusi itu.

Terdahulu, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang bertanding bagi kerusi Parlimen Langkawi melawat pusat mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hangat dan Kuah di Langkawi, dekat sini.

Di Parlimen Langkawi. Dr. Mahathir berdepan empat lawan iaitu Datuk Armishah Siraj daripada BN; Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah (PN), Zabidi Yahya (PH) dan Datuk Abd. Kadir Sainudin (Bebas). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya