NIBONG TEBAL: Keputusan tidak rasmi menyaksikan Calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Mansor Othman mendahului di Parlimen Nibong Tebal.
Mansor mendahului sebanyak 345 undi berbanding calon lain masing-masing dari Barisan Nasional (BN) Datuk Seri RS Thanenthiran yang memperoleh sebanyak 126 undi, Fadhlina Sidek dari Pakatan Harapan (PH) sebanyak 44 undi manakala calon Bebas, Goh Kheng Huat mendapat satu undi setakat pukul 7 petang tadi.
Setakat pukul 7 petang tadi, sebanyak 516 undi telah dikira berbanding 100,130 jumlah pengundi berdaftar di kerusi itu.
Parlimen Nibong Tebal menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan calon BN, PH, PN dan Bebas. – UTUSAN