Gerakan pakai kebaya di ibu kota setiap Ahad

Gerakan pakai kebaya di ibu kota setiap Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEBAYA sering dianggap sebagai busana rasmi untuk majlis-majlis tertentu sahaja termasuk istiadat, perayaan mahupun perkahwinan.

Busana tradisional ini jarang digayakan ketika bersantai atau bersiar-siar.

Bagi menggalakkan pemakaiannya sebagai pakaian harian, Miss Malaysia Kebaya (MMK) memperkenalkan gerakan Kebaya Ahad.

Pengasas dan Presidennya, Dr. Jason Hee Jee Pin, berkata, inisiatif yang julung kali diperkenalkan itu bertujuan mengangkat kebaya agar lebih dekat dengan gaya hidup masyarakat kini.

Dalam masa sama, ia dapat menarik golongan muda dan masyarakat berbilang bangsa untuk menggayakannya.

“Kebaya bukan sekadar pakaian semata-mata, tetapi lambang identiti budaya dan warisan negara.

“Jika batik boleh dipakai setiap hari oleh rakyat Malaysia tanpa mengira usia atau bangsa, mengapa tidak kebaya.

“Harapan saya adalah untuk melihat lebih ramai pemakai kebaya di sekitar ibu kota termasuk pusat beli-belah pada hujung minggu,” katanya selepas pelancaran Kebaya Ahad baru-baru ini.

Kata Jason, inisiatif Kebaya Ahad itu bertepatan dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Ia sekali gus dapat mempromosikan busana warisan sebagai sebahagian daripada tarikan pelancongan negara.

Jelasnya, gerakan budaya itu berpotensi diperluaskan ke peringkat negeri-negeri pula bagi menggalakkan pemakaian kebaya secara meluas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN