[Tidak rasmi] Mahdzir ketinggalan di Padang Terap

[Tidak rasmi] Mahdzir ketinggalan di Padang Terap

MAHADZIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Undi pos bagi Parlimen Padang Terap tidak memihak kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid apabila beliau sekadar memperolehi 332 undi berbanding calon Perikatan Nasional (PN), Nurul Amin Hamid yang mendapat 742 undi.

Dua lagi calon iaitu Muaz Abdullah yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Razali Lebai Salleh (Pejuang) jauh ketinggalan apabila masing-masing hanya memperolehi 53 dan 8 undi.

Setakat pukul 7.55 petang, keputusan tidak rasmi bagi tiga daripada 114 peti undi telah dipamerkan termasuk undi pos.

Secara keseluruhannya daripada jumlah itu, Mahdzir yang merupakan penyandang kerusi itu sekadar memperolehi 453 undi berbanding 805 diraih Nurul Amin.

Muaz pula secara keseluruhannya menerima 60 undi, manakala Razali berada di kedudukan terakhir dengan lapan undi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya