PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap perisytiharan harta Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli selepas suruhanjaya itu mendapati wujud asas untuk berbuat demikian. Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, siasatan itu dilakukan selepas aduan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dibuat kelmarin wajar diteliti lebih lanjut. “Peringkat awal ini, maklumat yang diterima diteliti,” kata sumber itu ringkas. Terdahulu, satu laporan dibuat Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia (PJPNM)…










