SMK Meru sesak, Kapar perlukan sekolah baharu

SMK Meru sesak, Kapar perlukan sekolah baharu

MUHAMMAD Noor Azman (duduk dua dari kanan) bermesra dengan orang muda di Taman Cempaka Sari Klang. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kawasan Parlimen Kapar amat memerlukan sebuah sekolah menengah kebangsaan dan sekolah rendah yang baharu.

Menurut calon Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Kapar, Muhammad Noor Azman, masalah pelajar yang terlalu ramai di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru mencecah 7,000 pelajar dan Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang 3,000 hingga 4,000 pelajar boleh diatasi dengan penubuhan SMK dan SK yang baharu pada masa depan.

“Ini semua boleh dilakukan jika pengundi-pengundi di Parlimen Kapar memilih BN pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).

“Sebagai pemimpin daripada Kapar sudah pasti isu pendidikan di sini menjadi fokus saya untuk diperjuangkan terutama mewujudkan dua sekolah baharu jika saya terpilih sebagai Ahli Parlimen Kapar,” katanya pada Program Santai Medang Bersama Anak Muda Dan Penduduk Taman Cempaka Sari, dekat sini hari ini.

Muhammad yang merupakan graduan perundangan daripada University of London United Kingdom berkata, sebagai pemimpin muda, beliau berazam untuk memberikan keselesaan kepada warga Kapar dalam aspek pendidikan termasuk menyediakan tuisyen percuma dan menyalurkan komputer riba percuma untuk anak-anak golongan B40.

“Pendidikan menjadi teras perjuangan saya kerana dengan pendidikan sahaja kita boleh mengubah nasib anak-anak kita,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhammad berkata, beliau memperkenalkan manifestonya sendiri sebagai salah satu langkah membantu penduduk di kawasan Parlimen itu. 

“Selain memantapkan pendidikan dan perkhidmatan, manifesto saya berteraskan isu anak muda dan pembangunan infrastruktur. 

“Sebagai wakil BN di Kapar jika diberi mandat oleh rakyat saya juga akan menyalurkan bantuan sebagaimana dalam tawaran manifesto BN menerusi Perancangan, Amal dan Usaha Barisan Nasional (Padu) yang diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya