[Sidang DUN] Tujuh lokasi dikenal pasti bina bandar lestari

[Sidang DUN] Tujuh lokasi dikenal pasti bina bandar lestari

DR. ALIAS RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Kerajaan negeri  mengenal pasti tujuh lokasi sesuai untuk pembinaan bandar lestari seperti yang dijanjikan dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Dr. Alias Razak berkata, sebanyak dua projek perintis akan dimulakan di Bukit Seraya dalam daerah Kuala Nerus dan Durian Mentangau di daerah Dungun.

Menurutnya, projek perintis di Bukit Seraya ialah seluas 186.29 hektar manakala di Durian Mentangau seluas 720.98 hektar dan telah dirasmikan pada 27 Oktober yang lalu.

Susun atur pembangunan bandar lestari itu telah disediakan oleh PLANMalaysia negeri Terengganu setelah mengambil kira pandangan daripada jabatan dan agensi teknikal berkaitan.

“Perbincangan bersama pelabur berpotensi juga sedang dilaksanakan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri dengan kerjasama anak syarikat kerajaan negeri iaitu Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. bagi memajukan bandar lestari secara penswastaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wan Hapandi Wan Nik (Pas-Sura) dalam sesi soal jawab lisan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Menjawab soalan tambahan Wan Hapandi yang ingin tahu mengenai lokasi tujuh bandar lestari itu, Dr Alias berkata, di Kemaman, tapak yang dikenal pasti ialah di Mak Lagam, Hulu Terengganu (Bukit Chahat di Teris), Besut (Durian Telor), Setiu (Permaisuri) dan Marang (Bukit Anak).

Tambahnya, cadangan bagi ciri-ciri bandar lestari itu adalah berfokuskan kepada kemampanan komuniti dan bandar, kemudahan pengangkutan awam, pemasangan litar kamera tertutup di persimpangan utama dan lokasi tumpuan awam, penyediaan kemudahan dan susun atur dengan mengambil kita topografi serta risiko bencana banjir.

“Bandar mampan yang dicadangkan juga antaranya menyediakan lebih banyak Rumah Mampu Milik, reka bentuk kemudahan bandar yang mesra warga emas dan Orang Kelainan Upaya serta bercirikan warisan identiti Terengganu.

“Selain itu ada empat bandar lestari lain yang sedang dalam perancangan iaitu Bandar Al Wathiqu Billah di Kuala Nerus, Kuala Terengganu City Centre dan Bandar Baharu Bukit Besar di Kuala Terengganu serta Bandar Baharu Kijal di Kemaman. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya