[Sidang DUN] Belanjawan Terengganu peruntuk RM1.991 bilion

Belanjawan Terengganu RM1.991 bilion

DR. Ahmad Samsuri Mokhtar menunjukkan buku Belanjawan Terengganu 2023 bertemakan Memacu Terengganu Berdaya Tahan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-14 di Kuala Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM1.991 bilion untuk perbelanjaan mengurus dalam Belanjawan Terengganu 2023 berbanding RM1.657 bilionpada tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perbelanjaan mengurus tersebut membabitkan peruntukan sebanyak RM93.13 juta bagi perbelanjaan tanggungan dan RM1,897 juta bilion bagi perbelanjaan bekalan.

Menurutnya, pembelanjaan pembangunan pula sebanyak RM500 juta dan perbelanjaan bekalan air pula RM30 juta.

“Belanjawan yang bertemakan ‘Memacu Terengganu Berdaya Tahan’ menggariskan tiga teras sebagai pendekatan dalam melaksanakan Belanjawan 2023.

“Tiga teras tersebut adalah menyantuni rakyat, memacu ekonomi dan melestarikan pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Belanjawan 2023 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-14 di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. 

Sementara itu, beliau memberitahu, kerajaan negeri menganggarkan hasil sejumlah RM1.810 bilion iaitu sebanyak RM65.17 juta daripada hasil cukai dan RM135.59 juta daripada hasil bukan cukai.

Selain itu, tambahnya, sebanyak RM1.609 bilion lagi daripada terimaan bukan hasil termasuk dana khas kerajaan Persekutuan iaitu bayaran hasil petroleum.

“Walaupun belajawan ini dirangka berasaskan harga minyak mentah Brent yang dijangka mencatat purata lebih rendah sebanyak USD90 setong pada tahun 2023 berbanding USD 100 setong tahun ini.

“Namun keputusan untuk mengembangkan Belanjawan 2023 ini melebihi 20 peratus berbanding 2022 dibuat bagi menjamin ekonomi negeri ini dapat terus bertumbuh mampan dan tahap sosial ekonomi penduduk juga bertambah menerusi dasar, projek dan program yang akan dilaksanakan,” ujarnya.

Dalam itu, Ahmad Samsuri berkata, ekonomi negeri ini pula dijangka terus mengukuh dan berkembang antara 3.5 hingga peratus pada tahun 2022 dan menyederhana antara 2.4 hingga 3.4 peratus pada 2023 selari dengan situasi ekonomi global dan nasional.

“Sehingga Oktober tahun ini, nilai pelaburan kita (negeri Terengganu) telah mencecah RM3.76 bilion dan lebih 3,000 peluang pekerjaan tersedia menerusi projek-projek yang direalisasikan, komited dan berpotensi hasil kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC),” tambahnya. –UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.