‘Siapa pun kerajaan, bantu selesaikan masalah kami’

‘Siapa pun kerajaan, bantu selesaikan masalah kami’

ZAMRI Ahmad (kiri) dan beberapa kanak-kanak menunjukkan tebing sungai yang runtuh akibat hakisan banjir di Taman Mesra Ria, Kupang di Baling, Kedah. - UTUSAN/NORLIA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Rakyat menaruh harapan kerajaan baharu yang dibentuk dapat membantu menyelesaikan segala masalah yang ditanggung mereka terutama yang terjejas dengan kejadian banjir dan kepala air di daerah ini.

Penduduk Kampung Iboi, Abdul Malik Arshad, 59, berkata, kerajaan baharu mesti mendengar suara rakyat yang masih dalam keadaan trauma berikutan tragedi sedih yang menyebabkan kehilangan tiga nyawa dan kerosakan harta benda itu.

“Kehidupan kami di sini tidak lagi aman dan selesa selepas kejadian banjir yang melanda lebih 10 kali dalam tempoh empat bulan ini. Kami sukar mencari rezeki dan pendapatan harian hilang kerana banyak harta benda yang rosak termasuk pertanian serta penternakan musnah.

“Kerajaan meluluskan projek tebatan banjir membabitkan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Baling Fasa 1 dengan kos RM15 juta dan RTB Baling Fasa 2 dengan kos RM160 juta.

“Projek ini diluluskan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika lawatannya ke Baling selaku Perdana Menteri September lalu, oleh itu laksanakanlah dengan segera,” katanya ketika ditemui di Kampung Iboi, semalam.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) Kampung Iboi, Nor Mohamad Hussain, 59, berkata, kehidupan penduduk Kampung Iboi, Padang Empang dan kampung berdekatan kini sudah tidak sama selepas berdepan bencana itu.

“Keadaan kampung sudah tidak tersusun dan Sungai Kupang kerap melimpahkan airnya apabila hujan menyebabkan berlakunya banjir dan penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Aliran Sungai Kupang dari Lata Chelak tidak teratur dan keruh setiap masa serta penuh dengan sampah sarap dan bongkah kayu, jika dahulu air sungai ini dapat kami nikmati kerana bersih dan jernih, tetapi kini tidak lagi,” katanya.

Pengerusi Penduduk Taman Mesra Ria, Zamri Ahmad, 51, pula berkata, kerajaan juga perlu menyelesaikan masalah tebing sungai yang semakin runtuh dan terhakis yang kini menghampiri rumah penduduk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.