Setiausaha Negara AS ucap tahniah kepada Anwar

Setiausaha Negara AS ucap tahniah kepada Anwar

ANTONY BLINKEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan, Blinken berkata, AS dan Malaysia telah menjalin hubungan kukuh melalui perkongsian komprehensif.

“Ini membabitkan hubungan ekonomi, rakyat dengan rakyat serta hubungan keselamatan yang erat.

“Bagi pihak Amerika Syarikat, saya mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia atas pilihan raya kebangsaan mereka dan Anwar Ibrahim untuk pemilihannya sebagai Perdana Menteri,” katanya semalam. 

Menjelaskan lanjut, Blinken berkata, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mencerminkan kuasa demokrasi di negara ini.

“Berjuta-juta rakyat Malaysia membuang undi, kebanyakannya buat pertama kali, menjadikan PRU15 sebagai demonstrasi kuasa demokrasi,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, AS berharap mengeratkan persahabatan dan kerjasama dengan Malaysia bagi kemajuan rantau Indo-Pasifik.

“Ini berdasarkan prinsip demokrasi yang dikongsi dan menghormati hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang. 

“Kami kekal komited untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi memajukan rantau Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka, berhubung, makmur, selamat dan berdaya tahan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya