Sepang tenang, tiada laporan berkaitan kempen pilihan raya

Sepang tenang, tiada laporan berkaitan kempen pilihan raya

WAN Kamarul Azran Wan Yusoff ketika ditemui media di IPD Sepang pada hari pengundian awal di Sepang, Selangor. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff menyifatkan kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di daerah itu sebagai amat tenang.

Malah, beliau dalam nada gembira memaklumkan bahawa pihaknya langsung tidak menerima sebarang laporan daripada calon, ejen parti atau penyokong yang melibatkan kes PRU15.

“Setakat hari ini suasana amat tenang dan jika ada, cuma satu kes jentera bomba tersangkut kain pemidang parti politik melintang atas jalan di Sungai Merab,” katanya kepada pemberita selepas hadir menyaksikan proses pengundian awal bagi kerusi Parlimen Sepang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini hari ini. 

Kerusi Parlimen Sepang menyaksikan persaingan sengit lapan penjuru termasuk calon dari Barisan Nasional, Perikatan Nasional, Pakatan Harapan, Parti Pejuang serta dua wakil Bebas.

Mengulas lanjut, Wan Kamarul Azran berkata, setiap hari sejak hari penamaan calon pada 5 November lalu, beliau menugaskan 50 anggota dan pegawai bagi memantau situasi semasa termasuk tiga unit pasukan pencegahan rusuhan ringan yang setiap satu mengandungi lapan petugas mengawal tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sepang.

IPD berkenaan ujar beliau turut membentuk enam pasukan bertindak awal dikenali sebagai Team Cantas untuk memastikan tiada kekecohan berlaku khususnya di kawasan ‘panas’.

Bagaimanapun jelas beliau, sepanjang hari pengundian pada Sabtu ini, seramai 69 anggota dan pegawai akan dihantar ke IPD Klang Utara dan IPD Klang Selatan yang kurang petugas.

Keadaan tersebut jelas Wan Kamarul Azran, namun tidak menjejaskan tahap keselamatan di seluruh Sepang dan beliau memberi jaminan keadaan keselamatan terkawal dengan baik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya