Selesai penggambaran 6 pagi, Eizlan ke penamaan calon PRU15

Selesai penggambaran 6 pagi, Eizlan bergegas ke penamaan calon PRU15

EIZLAN YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Biarpun baru selesai menjalani penggambaran filem terbaharu kira-kira pukul 6 pagi tadi, pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof terus bergegas untuk proses penamaan calon di Dewan Tun Razak, Sabak Bernam.

Eizlan yang juga calon Parlimen Sabak Bernam mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) atas tiket Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), berkata meskipun perlu melunaskan tanggungjawab sebagai pelakon, peristiwa hari ini (penamaan calon) tidak boleh dianggap ringan.

“Kebetulan babak semalam adalah terakhir, jadi bolehlah saya fokus pada peristiwa hari ini yang juga penting kerana membabitkan amanah rakyat demi bangsa dan negara.

“Perasan saya bercampur baur, ada rasa berdebar, pada masa sama teruja.

“Tetapi, saya tidak mahulah terlalu teruja. Saya melihat langkah pertama ini tanggungjawab buat saya untuk membawa amanah rakyat ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, Eizlan berharap masyarakat di Parlimen Sabak Bernam dapat memberi peluang untuk dirinya menjalankan tugas.

Eizlan tiba di Pusat Penamaan Calon Sabak Bernam tepat pukul 8.30 pagi, dilihat ceria diiringi isteri, Datin Seri Natasha Rosa Boudville, rakan-rakan dan penyokong.

Kertas penamaan calon bagi Pejuang di bawah Eizlan diterima pada pukul 9.05 pagi.

Eizlan bakal merebut kerusi P.092 yang turut ditandingi calon dari Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.