Pendidikan bukan sekadar tentang sijil, pendidikan beri keyakinan - Puteri Sarah Liyana - Utusan Malaysia

Pendidikan bukan sekadar tentang sijil, pendidikan beri keyakinan – Puteri Sarah Liyana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Jangan pernah berhenti belajar dan memperbaiki diri. Jangan jadi wanita yang mudah diperdaya atau dimanipulasi”

Demikian kata pelakon, Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 41, yang memberi nasihat buat kaum wanita supaya mementingkan ilmu dah pendidikan.

Kata pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri itu, pendidikan bukan sekadar tentang sijil tetapi merupakan satu bekalan untuk membina keyakinan diri dan membuat keputusan yang lebih baik.

“Jadilah wanita yang berpengetahuan, berpendidikan dan mempunyai prinsip sendiri. Pendidikan bukan sekadar tentang sijil.

“Pendidikan memberi keyakinan, kebebasan dan kebijaksanaan untuk membuat pilihan yang lebih baik dalam hidup,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Puteri Sarah Liyana kini sedang mengikuti program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Kolej Universiti Inovatif disebabkan minatnya yang mendalam dalam dunia perniagaan.

Untuk rekod, Puteri Sarah Liyana merupakan pelakon popular drama Andai Itu Takdirnya dan usahawan berjaya yang menguruskan jenama kosmetik Lumier serta kilang pengeluarannya sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×