Rosol pertahan Parlimen Hulu Terengganu - Utusan Malaysia

Rosol pertahan Parlimen Hulu Terengganu

MUHYIDDIN Yassin mengangkat tangan Rosol Wahid selepas diumum bertanding di Parlimen Hulu Terengganu pada program Jejalah Prihatin dan Pelancaran Jentera PRU15 PN peringkat negeri di Kuala Berang, Hulu Terengganu.-UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Rosol Wahid berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Terengganu dengan majoriti 15,734 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Terengganu, Adnan Abdullah di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Besar Majlis Daerah Hulu Terengganu, di Kuala Berang, di sini pada pukul 11.10 malam ini.

Kemenangan Rosol yang memperoleh sebanyak 42,910 undi itu sekaligus mengetepikan pencabar, calon Barisan Nasional, Datuk Rozi Mamat yang mendapat 27,176 undi. 

Sementara itu,, calon Pakatan Harapan, Alias Ismail mendapat 1,740 undian dan Mohd. Khadri Abdullah (Pejuang) peroleh 182 undian.

Rosol yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pernah menyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil dalam Parlimen Hulu Terengganu pada tahun 1999 hingga 2013. 

Pada PRU14, Rosol yang bertanding atas tiket BN menang dengan majoriti 2,868 undian menewaskan calon Pas, Muhyiddin Abdul Rashid dan calon Bersatu, Datuk Razali Idris.

Bagaimanapun, Rosol memutuskan keluar daripada UMNO dan sertai Bersatu pada 14 Disember 2018 lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya