Remaja lelaki maut tercampak, jatuh jambatan

Remaja lelaki maut tercampak, jatuh jambatan

SEORANG remaja lelaki maut selepas tercampak daripada motosikal yang ditungganginya dan jatuh dari jambatan berketinggian 30 meter dalam kemalangan di Jalan Besar Nilai-Pajam, Nilai, Seremban awal pagi tadi.-GAMBAR/IHSAN BOMBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang remaja lelaki maut selepas tercampak daripada motosikal yang ditungganginya sebelum jatuh dari jambatan berketinggian 30 meter dalam kemalangan di Jalan Besar Nilai-Pajam di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, mangsa, Ridzman Izaizulhaizad, 18, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan serta disahkan maut di tempat kejadian.

“Kemalangan pukul 1.57 pagi itu melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah motosikal jenis Honda Wave ditunggang mangsa dengan sebuah Proton Inspira,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Malik berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kereta Proton Inspira itu dalam perjalanan dari arah Bandar Baru Nilai menghala ke Pajam. 

“Apabila sampai di tempat kejadian tiba-tiba sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan telah masuk ke laluan kereta lalu bertembung menyebabkan mangsa tercampak dan jatuh dari jambatan,” katanya. 

Menurut Abdul Malik berkata, mangsa penunggang motosikal mati di lokasi kejadian manakala pemandu kereta seorang lelaki berusia 29 tahun tidak mengalami kecederaan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. 

Sementara itu, Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.53 tengah malam.

“Sebaik tiba didapati seorang remaja lelaki menunggang motosikal Honda Wave maut selepas bertembung sebuah kereta Proton Inspira. Mangsa seorang lelaki maut selepas tercampak dan terjatuh daripada jambatan berketinggian 30 meter,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.