PRU15: Pengundi awal perlu tepat memilih, elak kegagalan PH

PRU15: Pengundi awal perlu tepat memilih, elak kegagalan PH

ISMAIL Sabri Yaakob berucap pada program Santai Anak Muda Kuala Selangor di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor, malam tadi. -UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Pengundi awal perlu membuat pilihan tepat dalam menentukan mandat kerajaan dengan mengelak daripada memilih Pakatan Harapan (PH) yang ternyata gagal sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 265,531 pengundi kumpulan pertama itu diingatkan membuat pertimbangan sewajarnya dan membezakan antara pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang.

Jelas beliau, rakyat sebelum ini sudah memberi peluang kepada PH untuk melakukan perubahan dalam mentadbir negara.

“Namun, mereka (pembangkang) ternyata gagal sepenuhnya dalam melaksanakan apa yang diharapkan selama 22 bulan

“Pada PRU14 lalu, rakyat terlalu bergantung dengan manifesto PH yang pada akhirnya gagal untuk dilaksanakan.

“Justeru, saya yakin pengundi awal dapat membuat pilihan terbaik dalam menentukan masa depan negara,” katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas program Santai Anak Muda Kuala Selangor di Bandar Puncak Alam di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, calon BN Parlimen Kuala Selangor Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Seramai 265,531 pengundi dalam kalangan anggota polis dan tentera menjadi kumpulan pertama penentuan mandat kerajaan menerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam proses pengundian hari ini.

Jumlah itu merangkumi 146,737 orang tentera dan pasangan selain   118,794 orang polis serta Polis Pasukan Gerakan Am (PGA).

Ismail Sabri berkata, tahap sokongan penjawat awam kepada BN itu masih tinggi ketika ini.

“Sewaktu pemerintahan PH, mereka menunjukkan kakitangan kerajaan perlu dikurangkan sekali gus tiada pembelaan sewakt berbanding selepas BN kembali memerintah.

“Selama saya menjadi Perdana Menteri, pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk kepentingan warga perkhidmatan awam.
“Kita sememangnya menjaga kepentingan penjawat awam jauh lebih baik daripada PH dan saya yakin penjawat awam akan menyokong BN,” katanya.

Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa kecewa apabila beberapa Menteri di dalam Kabinetnya disingkirkan daripada senarai calon Parlimen dalam PRU15.

“Saya sendiri memang kesal apabila rakan-rakan saya terutama Menteri  dalam Kabinet tidak dapat bertanding.

“Jadi ia boleh menjejaskan keputusan PRU15 nanti,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.