Polis tahan lelaki cabul kanak-kanak dalam lif

Polis tahan lelaki cabul kanak-kanak dalam lif

A ASMADI ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes cabul membabitkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dalam sebuah lif di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, lelaki berkenaan ditahan petang Khamis lalu di Pasar Kajang.

Beliau berkata, suspek akan direman untuk siasatan kes di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

“Dalam kejadian Rabu lalu, mangsa yang juga kanak-kanak berusia 12 tahun dicabul seorang lelaki dalam sebuah lif.

“Kejadian itu terbongkar selepas mangsa menceritakan insiden itu kepada ibunya.

“Mangsa memaklumkan telah diraba dan pipinya dicium oleh suspek ketika menaiki lif dari aras G untuk ke tingkat lapan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, suspek kemudian dikatakan terus lari di tingkat empat blok kediaman itu dan turun ke tingkat G sebelum menghilangkan diri dengan menaiki sebuah kereta.

A Asmadi berkata, satu laporan dibuat ibu mangsa di Balai Polis Presint 7 Putrajaya, pada pagi semalam.

“Siasatan awal mendapati, suspek berusia 19 tahun itu pernah menjadi anak murid kepada ibu mangsa di sebuah sekolah di Putrajaya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.