Isnin, 28 November cuti umum - Anwar

Isnin, 28 November cuti umum – Anwar

ANWAR Ibrahim ketika mengangkat sumpah di Istana Negara, Kuala Lumpur. - SADIQ ASYRAF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan 28 November ini sebagai cuti peristiwa sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, pemberian cuti berkenaan selaras untuk menepati janji dibuatnya.

“Saya bersyukur hari ini keadaan dan keyakinan pelabur berubah, ringgit kukuh, bursa lebih segar. Sebab itu saya putuskan esok tidak cuti umum tetapi diganti dengan Isnin (28 November).

“Saya bincang dengan Ketua Setiausaha Negara dan Seri Paduka (Yang di-Pertuan Agong) kerana saya sudah janji untuk beri cuti pada Isnin dan hari ini dah dibereskan. Saya akan menepati janji tetapi dianjakkan pada Isnin minggu depan,” katanya dalam sidang akhbar pertamanya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 di Sungai Long Golf & Country Club di sini hari ini.

Persoalan mengenai cuti peristiwa itu kembali dibangkitkan orang ramai di media sosial susulan pelantikan Anwar.

Rata-ratanya masih menanti jawapan dan pengumuman tentang cuti umum tersebut.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membayangkan memberikan cuti pada 21 November jika Barisan Nasional (BN) menang besar dan membentuk kerajaan pada PRU15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya