PM terharu kunjungan Sultan Brunei 

PM terharu kunjungan Sultan Brunei 

SULTAN Hassanal Bolkiah (tengah) dan Anwar Ibrahim (dUa dari kanan) mengaminkan doa sempena lawatan khas Sultan Brunei ke Malaysia hari ini.  - JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terharu dengan semangat persahabatan luar biasa ditunjukkan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, susulan pertemuan kedua-dua pemimpin, hari ini.

Menurut Anwar, ini kerana kunjungan Sultan Brunei hari ini  semata-mata untuk memberikan sokongan kepada beliau sebagai Perdana Menteri baharu.

“Kunjungan Tuanku Sultan Brunei sangat mengesan bagi saya. Baginda datang dengan semangat persahabatan dan untuk memberikan support kepada pemilihan Perdana Menteri yang baharu, hanya untuk itu sahaja.

“Baginda datang terus bawa saya ke Seri Perdana, makan tengah hari (dan) terus balik. 

“Semangat ditunjukkan Sultan Brunei saya sangat terharu, ini menunjukkan semangat persahabatan luar biasa,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri memaklumkan, mesyuarat yang berlangsung kira-kira satu jam setengah itu membincangkan pelbagai perkara berhubung perkembangan semasa termasuk kunjungan Sultan Brunei.

“Agenda mesyuarat pertama mesyuarat biasa PH. Kedua,  beri sokongan langkah-langkah diambil termasuk soal kos sara hidup (yang) menjadi keutamaan.

“Ketiga minta saya beri penjelasan tentang perkembangan semasa terbaharu termasuk kunjungan Sultan Brunei.

“Kemudian saya laporkan tentang perjalan kerajaan setakat ini kepada mereka untuk makluman dan mendengar cadangan yang harus dijadikan pertimbang oleh saya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya