Petronas Gas Melaka raih anugerah utama MiSHA 

Petronas Gas Melaka raih anugerah utama MiSHA 

PETRONAS Gas Melaka merangkul anugerah MiSHA Platinum Awards on Principle of Prevention (PoP) 2022 pada Majlis Malam Anugerah MiSHA OSH Principle of Prevention Platinum Award 2022 di Bangi, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petronas Gas Melaka merangkul anugerah utama pada Malam Anugerah Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Perindustrian Malaysia (MiSHA) Inaugural National Excellence Awards On Osh Principle Of Prevention (PoP) 2022 di  Bangi, Selangor, dekat sini, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa MiSHA Anugerah Kecemerlangan Kebangsaan Sulung, Abd. Mutalib Abd. Gapar berkata, pemilihan Petronas Gas Melaka  sebagai pemenang anugerah MiSHA Platinum Awards on PoP 2022 berdasarkan cara organisasi tersebut yang mengamalkan prinsip pencegahan dan kawalan risiko bagi memastikan persekitaran tempat kerja selamat.

Katanya, mereka menilai berdasarkan cara kawalan dan pengurusan risiko yang diterapkan di tempat kerja dan kemudian dianalisiskan secara sistematik mengikut prinsip-prinsip pencegahan. 

“Prinsip-prinsip tersebut adalah penyelesaian bagi  pengurusan risiko yang menggunakan kaedah mengutamakan elemen pencegahan yang paling berkesan sehinggalah paling kurang berkesan.

“Jika ia tidak dapat dielakkan, maka turutan berikutnya akan diguna pakai seperti menilai risiko yang tidak boleh dielakkan,” katanya semalam.

ABD. MUTALIB ABD. GAPAR

Anugerah yang dianjurkan MiSHA adalah satu usaha pengiktirafan terhadap pelbagai sektor industri yang meningkatkan tahap pengurusan risiko keselamatan, kesihatan dan alam sekitar di tempat kerja. 

Pada tahun ini, MiSHA memfokuskan kepada prinsip pencegahan dan kawalan risiko yang selari dengan visi kerajaan melalui Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021-2025.

KETUA Pengarah DOSH, Anuar Embi menyampaikan Anugerah Khas Bintang Angkasa 2022 kepada Lee Lam Thye sambil diperhatikan Presiden MiSHA, Aziz Basiran (kiri) pada Majlis Malam Anugerah MiSHA OSH Principle of Prevention Platinum Award 2022.

Turut diraikan pada majlis itu ialah ikon keselamatan dan kesihatan pekerjaan, Tan Sri Lee Lam Thye atas jasa-jasanya di dalam membudayakan aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Bintang Angkasa 2022 bagi mengenang jasanya di dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Berikut adalah senarai penuh pemenang:

  1. MiSHA Platinum Awards on Principle of Prevention (PoP) 2022 (PETRONAS Gas Berhad, Regas Terminal Sungai Udang, Melaka) 
  2. MiSHA Diamond Awards on Principle of Prevention (PoP) 2022 (MIE Industrial SDN BHD) 
  3. MiSHA Golden Awards on Principle of Prevention (PoP) 2022 (Tenaga Nasional Berhad REMACO, Stesen Janakuasa Tuanku Mukhriz) 
  4. MiSHA Excellence Emergency Response Team Awards 2022 (PETRONAS Gas Berhad, Regas Terminal Sungai Udang, Melaka) 
  5. MiSHA Excellence Safety and Health Committee Awards 2022 (Bestari Bina Ventures Sdn Bhd) 
  6. MiSHA Excellence Award on Environmental Risk Management 2022 (Wei Dat Steel Wire Sdn Bhd) 
  7. MiSHA Excellence Award on OSH Risk Management in Construction & Heavy Engineering Sector 2022 (Seremban Engineering Berhad) 
  8. MiSHA Excellence Award on OSH Risk Management in Manufacturing Sector 2022 (NICHICON (Malaysia) Sdn Bhd) 
  9. MiSHA Excellence Award on OSH Risk Management in Telecommunication Sector 2022 (AG Global Ventures Sdn Bhd) 
  10. MiSHA Excellence Award on OSH Risk Management in Energy & Utility Sector 2022 (Tenaga Nasional Berhad REMACO, Stesen Janakuasa Tuanku Mukhriz) 
  11. MiSHA Excellence Award on OSH Risk Management in Service & Maintenance Sector 2022 (FLOWFUEL Sdn Bhd) 
  12. MiSHA Excellence Award on OSH Risk Management in Government Sector 2022 (Majlis Perbandaran Manjung, Perak) 
  13. MiSHA Excellence Award on OSH Risk Innovation at Workplace 2022 (Syarikat Pembenaan Yeoh Teong Lay (YTL)) 
  14. MiSHA Excellence Award on OSH Risk Management in School 2022 (SMK KG Dato’ Seri Kamaruddin, Perak) 
  15. MiSHA Excellence Award (OSH Cooperative) 2022 (Koperasi Usahawan OSH Selangor Bhd) 16. MiSHA Anugerah Khas Bintang Angkasa 2022 (Tan Sri Lee Lam Thye)

UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN