Petir disyaki punca gangguan LRT Kelana Jaya

Petir disyaki punca gangguan LRT Kelana Jaya

malaysia vs bahrain
Pengguna LRT ke program Setahun Bersama Kerajaan Madani bermula 8 Disember ini di Bukit Jalil akan mendapat 25 peratus diskaun tambang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rapid Rail Sdn. Bhd. mengesahkan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya mengalami gangguan teknikal yang berlaku pada pukul 5.46 petang tadi.

Selaku pengendali perkhidmatan LRT berkenaan menyatakan, gangguan itu berpunca daripada Sistem Keselamatan Hentian Kecemasan Pencerobohan Penumpang (PIES) yang teraktif secara tiba-tiba disyaki disambar petir di Stesen LRT Kerinchi.

Keadaan itu menyebabkan tren dari kedua-dua arah tidak dapat melalui kawasan tersebut.

“Kakitangan teknikal sedang berada di lokasi bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih. Akibat daripada gangguan tersebut, semua tren yang melalui kawasan tersebut terpaksa dipandu secara manual.

“Ini mengakibatkan kelewatan jadual perjalanan dan kesesakan platform berlaku di beberapa stesen,” menurut kenyataan yang disiarkan di akaun rasmi Facebook Rapid KL.

Pihaknya memohon maaf atas kesulitan pengguna, namun perkhidmatan bas perantara percuma disediakan bagi membawa penumpang dari Stesen LRT Bangsar ke Stesen LRT Pasar Seni dan Stesen LRT KLCC ke Stesen LRT Pasar Seni.

Katanya, kakitangan operasi dan Polis Bantuan ditempatkan di platform bagi mengendalikan orang ramai.

Pada masa sama, pengumuman menerusi laman media sosial Rapid KL, di stesen dan di dalam tren dilakukan untuk makluman pengguna.

Terdahulu, RapidKL memaklumkan kekerapan perkhidmatan tren di beberapa stesen antara Kerinchi dan Ampang Park mengalami kelewatan lewat kira-kira 15 minit selepas sebuah tren terpaksa dikeluarkan daripada perkhidmatan akibat masalah teknikal.

Awal bulan ini, 16 stesen di sepanjang LRT Laluan Kelana Jaya ditutup kira-kira seminggu.

Pada 11 Nov lalu, Menteri Pengangkutan ketika itu, Datuk Seri Wee Ka Siong dilaporkan berkata, punca masalah dikenal pasti selepas modem dan peranti untuk bekalan elektrik landasan ditukar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya