Pertemuan sulung Anwar, Sultan Brunei hari ini

Pertemuan sulung Anwar, Sultan Brunei hari ini

SULTAN HASSANAL BOLKIAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan sulung bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Putrajaya hari ini sempena Lawatan Khas Baginda ke Malaysia.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, ia pertemuan julung kali antara Anwar dan Sultan Hassanal Bolkiah selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada 24 November lalu.

ANWAR IBRAHIM

Menurut kenyataan itu, lawatan terakhir Baginda ke Kuala Lumpur adalah pada 4 hingga 6 Mac 2019 bagi menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-22 antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam.

“Malaysia dan Negara Brunei Darussalam mempunyai hubungan istimewa yang lama terjalin melalui persamaan warisan, budaya dan hubungan sesama insan. 

“Bertitik tolak daripada hubungan istimewa ini, kedua-dua pemimpin akan mengambil peluang semasa lawatan tersebut untuk menilai kemajuan kerjasama sedia ada di samping meneroka potensi-potensi baru bagi meningkatkan hubungan dan kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua negara,” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, Wisma Putra memaklumkan, pada 2021, Brunei adalah rakan dagangan ke-30 terbesar Malaysia dan keenam terbesar dalam ASEAN dengan jumlah perdagangan berjumlah RM 8.03 bilion (USD1.94 bilion).

Sementara itu, Anwar akan meraikan Sultan Hassanal Bolkiah dan anak Baginda, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen serta rombongan dalam satu Majlis Santapan Tengahari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya