Perkhidmatan bas Hop-On Hop-Off Selangor

Perkhidmatan bas Hop-On Hop-Off Selangor bakal meningkatkan jumlah kedatangan pelancong

(Dari kiri) Borhan Aman Shah, Azrul Shah Mohamad, Hee Loy Sian dan Yaacob Mohamed pada Majlis menandatangani memorandum persefahaman bagi perkhidmatan bas pelancongan Hop-On Hop-Off (HOHO) antara Syarikat LNH Tour & Transport Sdn. Bhd. dan Tourism Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pembangunan perkhidmatan pelancongan bagi merancakkan industri Pelancongan domestik dan antarabangsa merupakan antara fokus utama Negeri Selangor.

Sebagai salah satu usaha bagi meningkatkan jumlah  kemasukan pelancong ke negeri Selangor, satu Majlis menandatangani memorandum persefahaman bagi perkhidmatan bas pelancongan Hop-On Hop-Off (HOHO) antara Syarikat LNH Tour & Transport Sdn. Bhd. dan Tourism Selangor telah diadakan, bertempat di Bangunan Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 29  november 2022.

Majlis menandatangani perjanjian ini disaksikan oleh Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor, Hee Loy Sian, bersama-sama EXCO Pembangunan Luar Bandar dan
Kebudayaan Selangor, Borhan Aman Shah.

Inisiatif ini merupakan kali pertama dijalankan di Negeri Selangor, dengan misi membangunkan produk pelancongan melibatkan daerah Sepang, menerusi dua cadangan laluan perjalanan bagi fasa pertama di Sepang.

Syarikat LNH Tour & Transport Sdn. Bhd. akan menanggung sepenuhnya penyediaan keseluruhan bas pelancongan HOHO daripada segi operasi, teknikal dan penyelenggaraan selain perkara berkaitan seperti insuran perjalanan, keselamatan serta liabiliti penumpang, seperti syarat-syarat yang telah ditetapkan antara LNH Tour & Transport bersama pihak Tourism Selangor.

Perkhidmatan bas pelancongan HOHO ini diyakini mampu menarik lebih ramai pelancong melalui penekanan terhadap Kempen “Nak Bercuti, Pusing Selangor Dulu!” yang mensasarkan kepada pasaran pelancongan domestik, selain memberi pilihan kepada pelancong antarabangsa di KLIA dan KLIA2 untuk melancong di kawasan sekitar ketika waktu ‘transit’ yang panjang, sebelum meneruskan penerbangan berikutnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad, dalam satu kenyataan berkata, projek bas pelancongan ini dijangka mampu meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke Daerah Sepang sebanyak 3%- 5% hingga tahun 2023.

Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi dan peluang pendapatan kepada operator yang terlibat serta penduduk sekitar.

Tourism Selangor akan bekerjasama dengan lebih giat lagi dalam membangunkan pakej perkhidmatan bas pelancongan HOHO menerusi aplikasi mudah alih ‘Go Selangor’ selain melalui laman sesawang Selangor.Travel serta laman media sosial rasmi di Facebook, Twitter dan Instagram. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.