Perjumpaan sulung Anwar bersama warga JPM esok

Perjumpaan sulung Anwar bersama warga JPM esok

ANWAR Ibrahim akan mengadakan perjumpaan sulung bersama penjawat awam, eso selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri Majlis Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya esok.

Ia adalah perjumpaan sulung Anwar bersama penjawat awam selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada 24 November lalu.

Menurut Twitter Jabatan Perdana Menteri, perjumpaan itu dijangka bermula pada pukul 8.15 pagi di Dataran Perdana Putra.

Perjumpaan bulanan itu lazimnya berlangsung pada setiap bulan yang mana warga Jabatan Perdana Menteri mendengar amanat disampaikan Perdana Menteri.

Siaran secara langsung perjumpaan itu boleh diikuti melalui saluran facebook @MalaysiaPMO.

Terdahulu, sehari mengangkat sumpah, Anwar memulakan tugas rasminya di Pejabat Perdana Menteri.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada minggu lalu.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri ke-10 berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara.

Kerajaan Perpaduan Nasional yang dibentuk setakat ini sudah membabitkan penyertaan empat gabungan utama membabitkan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya