Penjawat awam di Kelantan terima 'durian runtuh' RM1,500 - Utusan Malaysia

Penjawat awam di Kelantan terima ‘durian runtuh’ RM1,500

MOHD. Amar Nik Abdullah (tengah) semasa sidang akhbar selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Semua penjawat awam di Kelantan bakal menikmati durian runtuh apabila menerima bonus sebanyak RM1,500 yang akan dibayar pada awal Januari depan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pembayaran bonus melibatkan peruntukan sebanyak RM13 juta.

Tegasnya, pemberian bonus itu bukan satu bentuk gula-gula politik terhadap penjawat awam di Kelantan, sebaliknya ia adalah hadiah kepada mereka.

“Ini bukan gula-gula politik, tetapi sebagai tanda terima kasih atas komitmen yang diberikan kepada semua kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan.

“Mereka adalah sebahagian daripada pekerja yang banyak memberi komitmen terhadap tugasan dan urus tadbir negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mohd. Amar memberitahu, pembayaran bonus tahun ini merupakan jumlah yang paling tinggi pernah dibayar oleh kerajaan negeri kepada penjawat awam sejak 32 tahun Pas mentadbir negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN