Penduduk terjejas banjir tetap mahu keluar mengundi esok

Penduduk terjejas banjir tetap mahu keluar mengundi esok

PENDUDUK meredah banjir untuk keluar masuk ke kampung mereka di Batu 7, Jalan Changkat Jong di Teluk Intan, Perak. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Banjir yang melanda beberapa tempat di negeri ini bukan halangan buat mangsa yang terlibat untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) esok.

Tinjauan Utusan Malaysia di sini mendapati, mereka tetap mahu keluar mengundi walaupun terpaksa meredah air banjir.

Seorang pengundi di kawasan yang dilanda banjir di Batu 7, Jalan Changkat Jong di sini, Zulkifli Bakar, 40, berkata, dia bersemangat untuk mengundi kali ini dan telah balik kampungnya di sini sejak minggu lalu semata-mata untuk mengundi.

Katanya, dia bekerja di Tronoh, namun mengundi di Parlimen Teluk Intan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong.

Jelasnya, dia sedia menghadapi apa juga keadaan termasuk kemungkinan banjir semakin buruk, namun dia tetap mahu keluar mengundi esok.

“Saya balik kampung Jumaat lepas dan terus berada di kampung untuk melihat suasana dan kemeriahan kempen PRU15.

“Pada awalnya kawasan ini tidak berlaku banjir tapi sejak kelmarin kawasan ini dinaiki air dan semakin lama semakin dalam.  Namun apa pun keadaan, saya tetap nak keluar ke pusat mengundi esok,” katanya.

Sementara itu, setakat pagi tadi, bilangan mangsa banjir di Perak yang dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat kepada 856 orang daripada 235 keluarga hari ini berbanding 615 mangsa daripada 108 keluarga semalam.

Kesemua mangsa daripada 25 kampung di tujuh buah daerah dipindahkan ke 13 buah pusat pemindahan sementara (PPS) susulan hujan lebat sejak petang semalam membabitkan daerah Hulu Perak, Kinta, Perak Tengah, Hilir Perak, Manjung, Larut Matang dan Selama (LMS) serta Kerian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.