Penduduk mengeluh sering dilanda banjir kilat

Penduduk mengeluh sering dilanda banjir kilat

NURHISAM Johari (kanan) meninjau keadaan longkang yang kecil dan sempit yang menyebabkan banjir kilat sering berlaku di RAKR Gong Pasir, Dungun, Terengganu, semalam. – UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Kira-kira 100 keluarga di Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Gong Pasir di sini buntu kerana sering berhadapan dengan masalah banjir kilat setiap kali hujan lebat sejak empat tahun lalu.

Menurut penduduk, masalah banjir kilat itu berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurna ekoran longkang kecil dan sempit menyebabkan air bertakung dan melimpah memasuki rumah penduduk.

Penduduk, Nik Ibrahim, 67, berkata, dia yang tinggal bersama cucunya, Nur Iman Afina Aiman Hafiz, 10, tidak lena tidur pada waktu malam setiap kali hujan lebat.

“Tak tunggu musim tengkujuh, kalau hujan lebat lebih dua jam, memang rumah saya dah dimasuki air.

“Kadangkala, kalau hujan le­bat waktu pagi dan malam, dua kali mak cik perlu angkat barang ke tempat tinggi termasuk me­sin basuh dan rak pinggan, semuanya mak cik angkat sendiri sebab tak ada orang dewasa lain di rumah,” katanya ketika ditemui semasa tinjauan calon Barisan Nasional Parlimen Dungun, Nurhisam Johari di RAKR itu, semalam.

Seorang lagi penduduk, Kamariah Hamid, 60, berkata, dia beberapa kali mengalami kerugian ekoran banjir kilat yang berlaku tahun ini.

“Sebelum ini peti sejuk, almari dan mesin basuh saya rosak ditenggelami banjir. Tak tahu nak cakap apa, penat sa­ngat berdepan masalah ini.

“Saya berharap masalah banjir kilat di RAKR Gong Pasir ini mendapat perhatian kerajaan,” ujarnya.

Sementara itu, Nurhisam pula berkata, beliau akan berusaha membantu menyelesaikan isu tersebut sekiranya diberi mandat. “Insya-Allah, isu ini akan diperhalusi dan saya akan cuba berbincang dengan agensi terlibat bagi mencari penyele­saian terbaik,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN