Penduduk Bandar Tun Razak mahu klinik kesihatan

Penduduk Bandar Tun Razak mahu klinik kesihatan

PENDUDUK Bandar Tun Razak berharap supaya kilinik kesihtan di kawasan tersebut ditambah-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHERAS: Rata-rata penduduk warga emas di Bandar Tun Razak meluahkan harapan mereka untuk melihat adanya sebuah lagi klinik kesihatan di kawasan ini ekoran klinik sedia ada sudah terlalu sesak dan menyukarkan urusan pesakit luar.

Berdasarkan tinjauan Utusan Malaysia, buat masa ini kawasan tersebut mempunyai dua buah klinik kesihatan iaitu Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak dan Klinik Kesihatan Cheras, namun kepadatan warga setempat menyebabkan mereka terpaksa menunggu hingga lima jam sebelum tiba giliran berjumpa doktor.

Keluhan itu disuarakan Abdul Razak Salleh, salah seorang penduduk di Taman Mulia yang turut menyuarakan hasratnya supaya klinik kesihatan baharu dibina tetapi di kawasan tersendiri dan bukan di kawasan lot kedai bagi memberi keselesaan kepada orang-orang tua semasa menunggu giliran.

“Kami warga emas di sini kena tunggu sekurang-kurangnya empat atau lima jam sebelum dapat giliran. Kebiasaannya saya dan isteri akan sampai di klinik pada jam 8 pagi tetapi pukul 12 atau 1 tengah hari baru dipanggil masuk ke bilik doktor. 

“Kalau ikutkan, kedua-dua klinik kesihatan di sini memang tak pernah sunyi, sebab terlalu ramai orang. Sepanjang menunggu pun, kebiasaannya kami tidak sempat sarapan sebab takut terlepas giliran. 

“Di Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak ini, kliniknya di kawasan kedai lot terakhir. Kami selalunya tunggu di luar bangunan, di bawah khemah yang dipasang di depan klinik. Sebab itu kalau boleh, biarlah ada satu lagi klinik supaya warga emas boleh menunggu di dalam bangunan dan selesa sikit, tidak panas dan tidak terkena tempias hujan,” katanya.

Dalam perkembangan berlainan, Abdul Razak, 65, yang bekerja sebagai penjaja kecil-kecilan di kawasan berhampiran Taman Mulia turut meluahkan kekesalannya terhadap peniaga kedai runcit kerana menjual barangan keperluan harian lebih mahal berbanding pasar raya seperti 99 Speedmart dan KK Mart.

Katanya, perbezaan harga hingga RM3 bagi pencuci pinggan mangkuk dilihat menekan pengguna dan dia berharap pihak bertanggungjawab mengenakan tindakan sewajarnya kepada pemilik-pemilik kedai itu.

“Ada beberapa barang contohnya pencuci pinggan mangkuk, tepung… kalau di pasaraya biasa, sabun basuh pinggan baru berharga RM3.50 tetapi di kedai-kedai biasa boleh cecah sampai RM6. Bagi saya, harga itu agak melampau kerana sebagai pembeli, kami tidak kisah jika perbezaan sekadar beberapa puluh sen atau seringgit. Tetapi harga yang diletakkan mereka memang mahal,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya