Penceramah nyaris ditikam lelaki mabuk

Penceramah nyaris ditikam lelaki mabuk

SENJATA yang digunakan seorang lelaki ketika cuba menyerang seorang penceramah di sebuah surau di Taman Universiti, Skudai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang penceramah berdepan detik cemas apabila hampir diserang seorang lelaki ketika memberi ceramah selepas solat Maghrib di sebuah surau di Taman Universiti, di sini malam semalam.

Tindakan lelaki yang bersenjatakan dua bilah pisau cuba menyerang penceramah itu bagaimana pun berjaya dihalang jemaah di surau tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Fariz Ammar Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 7.55 malam.

“Dalam kejadian tersebut, suspek yang merupakan lelaki Melayu berada dalam pengaruh alkohol telah masuk ke surau itu dan menyerang penceramah agama berkenaan menggunakan dua bilah pisau dan sebotol arak.

“Bagaimanapun tindakan suspek tersebut dapat dihalang jemaah lain sebelum mereka menghubungi pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suspek berusia 38 tahun itu berjaya ditahan dan pihaknya merampas pisau serta botol arak berkenaan.

Siasatan mendapati suspek merupakan seorang penganggur dan dikehendaki berkaitan kes dadah.

“Mahkamah Majistret Johor Bahru telah membenarkan suspek direman selama empat hari hingga 17 November ini,” katanya.

Siasatan lanjut mendapati suspek tiada motif melakukan perbuatan tersebut selain berada di bawah pengaruh alkohol yang berlebihan sehingga hilang kawalan diri.

Selain itu, pihak polis juga sudah merakamkan keterangan saksi-saksi di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 dan 352 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya