Peminat hampa, harga tiket konsert Blackpink cecah ribuan ringgit?

Peminat hampa, harga tiket konsert Blackpink cecah ribuan ringgit?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peminat K-pop di negara ini meluahkan ketidakpuasan hati susulan harga tiket konsert kumpulan popular, Blackpink di Kuala Lumpur pada 4 Mac depan dikatakan terlalu mahal, mencecah sehingga hampir RM2,000.

Kebanyakan peminat kumpulan itu turut kecewa dengan susunan tempat duduk penonton yang dikatakan terlalu jauh dari pentas utama.

Bagi mereka, kedudukan tempat duduk, terutama untuk pembeli tiket kategori 6 dianggap tidak berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Terdahulu, peminat mula berdebat di Twitter apabila ada pihak mendakwa harga tiket konsert Blackpink World Tour (Born Pink) Kuala Lumpur 2023 dikatakan dijual pada harga bermula RM388 sehingga RM1,888.

Penganjur bagaimanapun, belum membuat pengumuman rasmi mengenai harga tiket konsert tersebut.

“Adakah anda sanggup membayar harga yang mahal hanya semata-mata mahu melihat sekumpulan artis menari?

“Saya lebih gemar mereka berinteraksi dengan khalayak dan membuat persembahan di atas pentas. Kalau menari dekat tengah stadium itu, penonton dapat lihat apa?” soal pengguna bernama Yana.

Seorang lagi pengguna Twitter pula meyifatkan, penganjur tidak bijak menguruskan persembahan artis antarabangsa.

“Harga tak masuk akal dan kedudukan kerusi penonton macam lihat semut sahaja nanti,” tulis Minimanimo.

Pengguna yang menggelarkan diri sebagai Blue Ocean turut mempertikai tindakan penganjur yang dilihat seperti mahu mengaut keuntungan semata-mata.

“Jangan fikir untung sahaja tetapi kualiti ke laut. Hendak buat konsert secara terbuka di stadium sistem bunyi perlu gempak, layar skrin gergasi perlu ditambah dan pentas perlu besar,” katanya.

Konsert menampilkan kumpulan yang dianggotai Lisa, Jisoo, Jennie, dan Rose itu akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 4 Mac depan.

Jualan awal tiket konsert itu akan bermula 15 November ini, disusuli jualan kepada orang awam pada 17 November.

Born Pink merujuk kepada album studio kedua kumpulan itu yang diterbitkan 16 September lalu.

Selain Kuala Lumpur, Blackpink turut menggegarkan beberapa negara jiran lain termasuk di Bangkok, Singapura, Manila dan Jakarta.

Siri konsert jelajah Born Pink World Tour itu bermula di Seoul pada 15-16 Oktober lalu dan berterusan ke beberapa negara lain sehingga pertengahan 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.