Lisa Blackpink positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Lisa Blackpink positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi terkenal K-Pop, Lisa Blackpink disahkan positif Covid-19, semalam.

Menerusi portal Soompi, khabar berita itu diumumkan sendiri syarikat produksi YG Entertainment menerusi kenyaaan rasmi.

Selain itu, tiga ahli lain iaitu Rose, Jennie dan Jisoo masih menunggu keputusan ujian tindak balas rantai polimerase (PCR).

Pihak tersebut juga memaklumkan mereka belum diklasifikasikan sebagai kontak rapat Lisa.

“Lisa Blackpink telah disahkan positif Covid-19 tengahari tadi (24 November).

“Tiga ahli Blackpink yang lain belum lagi diklasifikasikan sebagai kontak rapat.

“Tetapi mereka segera mengambil ujian PCR selepas mendengar keputusan positif Covid-19 Lisa, serta mereka sedang menunggu keputusan,” katanya.

Dalam pada itu, pihak tersebut berkata pengumuman tersebut dibuat untuk mengambil langkah pencegahan dengan pantas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya