Pemandu lori bakar bendera parti politik ditahan

Pemandu lori bakar bendera parti politik ditahan

BAHARUDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang pemandu lori ditahan polis kerana disyaki membakar bendera parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam kejadian di Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun, di sini hari ini. 

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, lelaki berusia 31 tahun yang merupakan penduduk tempatan ditahan kira-kira pukul 1.30 pagi.

“Suspek ditahan susulan polis menerima laporan berkaitan kejadian bendera parti yang dibakar yang di tepi jalan di Kampung Pasir Raja yang tular di laman sosial video berkenaan kejadian. 

“Pengadu memaklumkan, suspek disyaki kurang siuman dan berkemungkinan di bawah pengaruh dadah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Terdahulu, tular di laman sosial sebuah video memaparkan seorang pengguna TikTok memuat naik video berdurasi 1.07 minit yang memaparkan seorang lelaki membakar sehelai bendera parti politik dengan menggunakan pemetik api. 

Baharudin berkata, siasatan lanjut mendapati suspek adalah individu yang sama pernah membakar Jalur Gemilang di Kampung Kuala Jengai. 

“Sebelum ini kita menerima laporan lanjut berkaitan kes bakar Jalur Gemilang dan kita dapati suspek adalah orang yang sama yang turut memuat naik video di akaun TikToknya,” katanya. 

Baharudin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.