Pekerja ladang maut, motosikal rempuh lembu tidur atas jalan

Pekerja ladang maut, motosikal rempuh lembu tidur atas jalan

KEADAAN motosikal Mohammad Shahrul Hakimi Haslimi yang maut selepas melanggar seekor lembu di Jalan Felda Aring 6 di Gua Musang, Kelantan. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang pekerja ladang maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor lembu yang tidur di atas jalan raya di Jalan Felda Aring 6 di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa, Mohammad Shahrul Hakimi Haslimi, 22, yang cedera parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia semasa tiba di Klinik Kesihatan Felda Aring 1.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dari arah Felda Aring 6 menuju ke Felda Aring 4.

Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai tidak sempat mengelak sebelum melanggar seekor lembu yang tidur di atas jalan.

“Kemalangan itu mengakibatkan mangsa yang berasal dari Felda Aring 1 terjatuh dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Felda Aring 1 oleh orang awam sebelum meninggal dunia sebaik sahaja tiba di klinik tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Choon Foo berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat dan kes  disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya