Pak Su Mid meninggal dunia

Ulama terkenal Kedah, Pak Su Mid meninggal dunia

ABDUL HAMID ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Ulama terkenal Kedah, Pak Su Mid atau nama sebenarnya Abdul Hamid Ismail, 96, meninggal dunia hari ini dipercayai kerana sakit tua.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 6 petang ini di sebuah hospital swasta, di sini.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintenden Mulkiaman Manzar berkata, jenazah Allahyarham dibawa ke rumahnya di Kuala Pai, Bukit Tembaga, Kuala Nerang.

“Saya difahamkan Allahyarham meninggal dunia akibat sakit tua dan sudah beberapa lama dikhabarkan tidak sihat,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Tambah beliau jenazah Allahyarham akan dikebumikan pagi esok.

Pak Su Mid dilahirkan pada 1926 di Jerlun dan terkenal dengan kata-kata hikmahnya yang disampaikan secara mendalam dan penuh kiasan. 

Antara amalan Allahyarham adalah tidak pernah meninggalkan puasa sunat sejak 30 tahun lalu dan sering berwuduk.

Antara kitab yang menjadi rujukan Pak Su Mid adalah Hilyatul Auliyak, Futuhat Makkiyah Ibn Arabi dan Khozinatul Asror. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN