Noh Omar letak jawatan Pengerusi UMNO Selangor, hilang kepercayaan terhadap Zahid - Utusan Malaysia

Noh Omar letak jawatan Pengerusi UMNO Selangor, hilang kepercayaan terhadap Zahid

NOH Omar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tan Sri Noh Omar hari ini meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor.

Menjelaskan perkara tersebut, Noh berkata, ia berikutan beliau telah hilang kepercayaan kepada Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagaimana pemimpin itu turut hilang kepercayaan terhadap Noh.

Dalam masa yang sama, Noh turut menggesa Ahmad Zahid meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO. 

“Saya nak umumkan bahawa saya ini Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri (Selangor). Sebagai Pengerusi, saya dilantik oleh Presiden, tapi saya lihat dalam PRU15 (Pilihan Raya Umum Ke-15), Presiden sudah hilang kepercayaan kepada saya, saya pun tidak dipanggil berbincang, digugurkan sebagai calon, saya tak kecil hati digugurkan, tapi cara saya digugurkan itu seperti Presiden tidak menghargai apa yang saya buat selama ini.

“Bukan sahaja Presiden tak percaya kepada saya, saya pun sudah hilang kepercayaan kepada Presiden,” katanya ketika ditemui media di Menara Dato’ Onn selepas menghadiri mesyuarat Biro Politik UMNO.

Tegas Noh, Ahmad Zahid perlu mencontohi tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak yang meletakkan jawatan selepas BN kalah dalam PRU14.

“Biarlah orang baharu yang menguruskan UMNO ini, sebagai Presiden parti, dia menang pun 300 lebih sahaja undi majoriti. Saya cakap dalam mesyuarat Biro Politik, kalau berjiwa besar letak jawatan,” katanya.

Noh bagaimanapun berkata, beliau masih kekal memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan akan menghadiri mesyuarat seperti biasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya