Nad Zainal disyaki alami autoimun, masih berada di ICU

Nad Zainal disyaki alami autoimun, masih berada di ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon Nad Zainal disyaki mengalami penyakit autoimun dan perlu dirawat dengan suntikan stereoid berdos tinggi.

Perkara itu dimaklumkan pelakon, Ungku Ismail yang menerima pengesahan doktor tentang keadaan terkini pelakon tersebut yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Ampang, dekat sini.

“Doktor memaklumkan, mereka belum dapat mengenal pasti punca yang mengakibatkan pendarahan berterusan berlaku pada paru-paru Nad.

“Doktor tidak dapat memastikan sama ada perdarahan tersebut berlaku disebabkan jangkitan bakteria lain memandangkan tiada simptom atau gejala lain,” katanya ketika ditemui, petang tadi.

Pelakon drama Cina Buta itu dimasukkan ke ICU sejak dua hari lalu selepas mengadu tidak sihat ketika menjalani penggambaran drama terbarunya.

Nad disahkan mengalami jangkitan paru-paru dan berada dalam keadaan kritikal sehingga terpaksa ditidurkan.

Sementara itu, pengarah terkenal, Shahrulezad yang turut berada di hospital tersebut memohon semua pihak mendoakan pelakon itu sembuh daripada jangkitan yang dialaminya.

“Saya dimaklumkan pendarahan pada paru-parunya berterusan berlaku dan doktor terpaksa berhempas-pulas mengeluarkan darah berkumpul.

“Ahli keluarga telah dimaklumkan tentang keadaan Nad dan mereka juga sudah berada di hospital.

“Pada masa sama, ramai penggiat seni dan kenalan rapat Nad turut berkumpul di hospital untuk mengetahui perkembangan serta memberikan sokongan.

“Buat masa ini, kita mengharapkan keajaiban berlaku dan sama-sama mendoakan agar dia cepat sembuh,” ujarnya.

Selain, Ungku dan Shahrulezad, antara rakan artis yang kelihatan di hospital termasuk Sharifah Amani, Nadiya Nisaa, Nabila Huda, Nadia Aqilah, Bella Astilah dan suami, Aliff Aziz serta ramai lagi.

Turut kelihatan bekas suami pelakon itu, Faliq Amiruddin yang ditemani dua anaknya, Budi Kalsom dan Fahad Ibrahim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.