Murid tahun lima dikhuatiri lemas

Murid tahun lima dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Chukai di sini dikhuatiri lemas ketika mandi bersama dua rakannya di alur sungai Kuala Kemaman, berhampiran Pantai Marina, petang tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang, Mohamad Aiman Asyraf Shahrulzaman, 11, dipercayai dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama Mohd. Saiful Asyraf Mohd. Saiful Azhar, 12, dan Wan Wafiuddin Wan Mohd. Dzulkhairy, 9, masing-masing merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK)  Bukit Kuang. 

MOHAMAD AIMAN ASYRAF SHAHRULZAMAN

Ketua Polis Daerah Kemaman,Superintenden lHanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.30 petang sebelum menggerakkan anggota ke lokasi kejadian.

“Mangsa yang tinggal di Taman Bukit Kuang Sejahtera dikatakan berbasikal bersama rakannya ke lokasi kejadian untuk mandi manda bersama dua lagi rakannya. 

“Bagaimanapun, mangsa dipercayai hanyut dibawa arus ekoran hujan lebat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, petang tadi.

Hanyan berkata, operasi mencari dan menyelamat disertai kira-kira 50 anggota penyelamat termasuk polis, Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Maritim Malaysia serta dibantu beberapa buah bot nelayan. 

Beliau memberitahu, kes tersebut merupakan kejadian lemas kedua yang dilaporkan minggu ini. 

Semalam, seorang murid tahun tiga ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di alur sungai berhampiran Kampung Batu 9, Ibok di sin.

Mangsa, Mohammad Aman A. Suhimi, 9, dijumpai kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya