Khai Xing-Aaron, Sze Fei-Izzuddin isi slot suku akhir Terbuka Jepun

Khai Xing-Aaron, Sze Fei-Izzuddin isi slot suku akhir Terbuka Jepun

KANG Kai Xing-Aaron Tai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Permainan pantas dan agresif menjadi kunci kepada kejayaan beregu lelaki negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai mara ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Jepun di Tokyo, Jepun, esok.

Dalam aksi peringkat 16 terbaik, hari ini, gandingan No. 22 dunia itu hanya memerlukan masa selama 26 minit untuk menyingkirkan wakil Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan 21-10, 21-15.

Kedua-dua beregu yang tidak pernah bertemu dalam sebarang kejohanan antarabangsa sebelum ini, telah meletakkan gandingan muda Malaysia itu kini mendahului Jhe Huei-Po Hsuan yang merupakan pasangan No. 17 dunia dengan rekod pertemuan 1-0.

Pada suku akhir, Khai Xing-Aaron bakal menghitung pertembungan dengan beregu No. 1 dunia, Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan yang belum pernah mereka temui.

Prestasi baik yang dipamerkan Khai Xing-Aaron, telah membuat peminat kini berubah fikiran agar bekas juara remaja dunia itu tidak dipisahkan.

Malah, ada dalam kalangan peminat yang memuji persembahan Khai Xing-Aaron mirip dengan gaya permainan bekas jaguh No. 1 dunia, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong sewaktu zaman kegemilangan mereka.

Mungkin barisan kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) boleh memikirkan kembali tentang usul tersebut dan memberi peluang kepada Khai Xing-Aaron berkembang tanpa memisahkan beregu yang dianggap masih muda.

Sementara itu, satu lagi beregu lelaki Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani turut melayakkan diri ke peringkat lapan terbaik selepas mengalahkan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark 21-18, 21-19 dalam masa 40 minit.

Kejayaan itu adalah kemenangan ketiga yang diukir Sze Fei-Izzuddin ke atas Astrup-Rasmussen daripada 12 pertemuan termasuk di Terbuka Jepun.

Beregu No. 6 dunia itu akan berdepan sama ada pasangan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard atau Chen Zhi Yi-Presley Smith dari Amerika Syarikat dalam laluan mereka memburu tempat ke separuh akhir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN