Muhyiddin dakwa ucapannya disunting pihak lawan

Muhyiddin dakwa ucapannya disunting pihak lawan

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan ucapannya yang tular mengenai ‘agenda yahudi dan kristiani’ diambil di luar konteks.

Muhyiddin yang juga penyandang kerusi Parlimen Pagoh itu berkata, klip ditularkan di media sosial itu sengaja dikeluarkan untuk mencipta naratif palsu bagi menjejaskan imejnya.

“Kenyataan saya dikeluarkan sepenuhnya di luar konteks dan disebarkan terutamanya oleh musuh politik PN untuk memburukkan imej saya dan mencipta naratif palsu.

“Keseluruhan ucapan saya adalah lebih kurang 55 minit. Klip yang tersebat di TikTok dan media sosial ini adalah terhad selama satu minit dan 35 saat daripada keseluruhan ucapannya,” katanya di dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Muhyiddin melalui ucapannya di majlis Ceramah Mega PN Best di Parit Jawa, Johor mengaitkan Pakatan Harapan dengan kumpulan Yahudi dan Kristian yang cuba mengambil alih Malaysia.

Menjelaskan lanjut, Muhyiddin berkata, keseluruhan ucapannya adalah untuk menggalakkan kestabilan, kedaulatan undang-undang, keadilan kepada semua kaum dan agama serta menegakkan kedaulatan undang-undang.

“Saya secara khusus dan tidak berbelah bahagi bercakap tentang keperluan kestabilan politik dan mengelakkan rasuah. Saya juga mengatakan keperluan untuk DAP menunjukkan kekangan dalam tuntutannya serta menghormati hak semua kaum di Malaysia termasuk hak istimewa orang Melayu dan raja-raja Melayu

“Malah, pada ucapan selama 48 minit itu, saya secara khusus dan tidak berbelah bahagi menyatakan hasrat PN untuk melaksanakan Wawasan Kemakmuran Bersama agar tidak ada kaum ketinggalan,” jelasnya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya